Pages

Photobucket
Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di wakttu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” ( Surah Al-Luqman : 13)

Ahad, 24 Oktober 2010

berita gembira...


Berita gembira

“Tahniah, puan di sahkan pregnant..” beritahu doctor.

“Alhamdulilah…” aku bertasbih, bertahmid memuji Allah. Air mata gembira ini tidak tertahan mengalir membasahi pipiku.

Sesungguhnya inilah berita yang sangat di nantikan oleh semua yang pasangan yang telah berkahwin.

Mengikut statistic yang dimaklumkan doctor, sekiranya sepuluh pasangan yang berkahwin, mungkin hanya 2-3 orang sahaja yang akan mengandung dalam masa setahun. Ini kerana, wanita hanya akan mengeluarkan sel ovum sebulan sekali dan akan bertahan selama satu jam. Berbeza dengan lelaki, sel sperma nya sentiasa ada. Dan ini adalah salah satu factor yang menyukarkan seseorang itu mengandung.

didikan semasa dalam kandungan

semasa anak berumur 3 bulan dalam kandungan, deria pendengarannya telah berfungsi. Dan pada masa itulah, amat sesuai untuk para ibu memperuntukkan masa berbicara dengan kandungan di dalam badan. Menurut kajian barat, kandungan yang sering didengarkan dengan lagu atau muzik yang tenang, akan melahirkan anak yang sihat. Manakala, jika didengarkan lagu-lagu berunsurkan keganasan, maka, anak yang dilahirkan itu akan bersikap agresif dan sukar untuk dibentuk. Para ibu juga sangat dinasihatkan agar menjaga emosi kerana ia sangat memberi kesan kepada psikologi perkembangan anak.

Ini jelas membuktikan, factor luaran sangat mempengaruhi kandungan dan psikologi anak terutama apabila dia lahir nanti. Memori tersebut akan disimpan dan akan dipamerkan semasa pertumbuhan tersebut. Oleh itu para ibu ambil peluang ini dengan mengalunkan ayat-ayat al-quran, bercakap-cakap dalam bentuk nasihat, bercakap perkara yang baik, mendengar motivasi dan ceramah agar ia tersemai di dalam minda kandungan kita. Biasakan bercakap-cakap dengan kandungan anda...

Pembacaan itu penting

Ibu-ibu perlu membeli buku-buku persedian semasa mengandung dan selepas melahirkan terutamanya bagi menanti kelahiran anak yang pertama. Ini kerana, tiada pengalaman dan ilmu yang kurang membuatkan pembacaan itu sangat penting. Melalui pembacaan, secara tidak lansung para ibu akan mendapat gambaran tentang cara dan penjagaan anak-anak sebelum, semasa dan selepas bersalin.

Jangan merasa malu untuk bertanya dari orang yang-orang yang berpengalaman untuk mendapatkan tips-tips yang berguna untuk diaplikasikan. Contohnya bertanya tentang cara melahirkan, cara berpantang, kaedah penjagaan diri semasa mengandung dan segala pantang larang.Tetapi perlu diingat, tidak semua perkara perlu kita amalkan kerana tidak semua cara sesuai dengan syariat yang digariskan oleh islam.

Pemakanan semasa mengandung

Pemakanan satu-satunya memberi pengaruh besar dalam kandungan. penambahan untuk berdua bukanlah menambahkan jumlah makanan. tetapi, pertambahan nilai pemakanan dalam makanan itu iaitu zat makanan dan makanan yang sihat.

Semasa hamil, berat badan akan semakin bertambah dalam lingkungan 9 kg pada minggu-minggu yang terakhir. oleh itu, ibu hamil hendaklah mengatur pemakanan seharian. seandainya pemakanan yang tidak seimbang diamalkan, ia akan memudaratkan si ibu dan kandungan seperti naik jerawat pada wajah dan badan. Manakala bagi kandungan ia akan merencatkan pertumbuhannya. Makanan yang harus diutamakan ialah protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Penting juga makanan yang mengandungi vitamin dan mineral seperti sayuran dan buahan. Jangan lupa amalkan minum susu setiap hari seperti susu Anmum untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Jika kandungan tidak mendapat kalsium yang cukup, dia akan memperolehi kalsium dari tulang ibunya.

Persediaan menghadapi kelahiran

Semasa kandungan usia 8-9 bulan, para ibu perlu membuat persedian barang kelengkapan untuk bayi dan ibu semasa bersalin nanti. Barang kelengkapan tersebut perlu di masukkan dalam beg khas untuk di bawa kemana-mana nanti. Antara senarai kelengkapan yang perlu disediakan adalah:

1) Lampin

2) Pakaian bayi

3) Lampin pakai buang

4) Stoking dan sarung tangan bayi

5) Bedak bayi

6) Minyak panas ( minyak telon)

7) Lotion bayi

8) Tisu basah

9) Putik kapas

Manakala keperluan ibu pula adalah;

1) Tuala wanita

2) Kain batik

3) Baju lengan panjang

4) Stoking

5) Perlatan mandi

Penutup

Bersedialah dari sekarang dan banyakkan berdoa. Teruskan membaca al quran dan surah-surah pilihan seperti surah Maryam dan Lukman agar anak terdidik dengan kalimah zikrullah dan terbentuk menjadi anak yang soleh dan solehah.

5 comments:

adik berkata...

salam ziarah..wah comelnye tapak kaki

adeq berkata...

punya lah panjang ummu naufal citer kaki yang dikomen..hohoho...

mesti berdebar kan...masa tu la kita merasai macam mana perasaan ibu dahulu..saya nak jaga ibu saya baik2 !! saya nak jadi anak yang solehah.

mama saya minta maaf andai saya sering memenangkan prinsip saya..huu bila nak berubah nhe ~

ummu naufal berkata...

jom jadi anak solehah..TAKBIR!!

adeq berkata...

apa yang boleh / tidak boleh dibuat pada bayi??

ummu naufal berkata...

Ermm..melalui pengalaman akak bayi perlu diberikan sepenuh perhatian & kasih syg. Pada masa tu bayi sgt sensitif dengan penyakit seperti sakit kuning, semput, sawan, kembung perut dll. Bayi juga sensitif dgn emosi si ibu seperti si ibu merasa marah kerana bayi yang meragam dan kerap nangis, so bayi akan rasa x selesa dgn si ibu dan merajuk serta akan terus menagis, tangisannya juga akan mendayu2 kesedihan. Berikan ksh syg dgn ikhlas kerana bayi seolah2 faham perasaan kita dan janganla marah bayi tu.. Kerana bayi seolah-olah tahu aura kita dan dia akan menunjukkan tindak balas terhadap aura tersebut.
Setahu akak bayi 3 bln kebwh x boleh bagi makan lagi. Tapi boleh bagi susu formula jika ibu kekurangan susu badan.Bila nak angkat dan dukung bayi kene jaga leher dan tulang belakangnya kerana masih lembut. Perlu juga dibedung utk elak terperanjat. Mandikan bayi 2kali sehari utk elak ruam. Syampoo rambut bayi setiap hari untuk elak kelimumur. Pakaikan sarung tangan & kaki supaya x sejuk. Sapukan minyak bayi selepas mandi di sendi2.. asif kalo ada kesilapan sila betulkan eh..kalo nak tambah lagi sgt di alukan. jazakillah..=)

Catat Ulasan