Pages

Photobucket
Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di wakttu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” ( Surah Al-Luqman : 13)

Sabtu, 26 Februari 2011

Jangan bedakkan bayi!




Baru-baru ini ana ke klinik membawa naufal ke klinik untuk follow up check-up sempena umurnya mencecah 5 bulan. Sepatutnya naufal di suntik dengan vaksin 5+1. Tetapi dokter tidak mahu berbuat demikian kerana naufal baru sehari dua sihat dari demam. Dokter menyuruh ana membawa naufal semula pada minggu depan.

Semasa seisi pertemuan denga dokter, dokter berkongsi maklumat bahawa antara factor bayi selesema dan batuk disebabkan dia memakai bedak muka, memegang bantal busuk, sapu tangan yang tidak dicuci, kain yang tidak bersih, bulu kucing dsbnya. Memang ana suka pakaikan bedak kat muka naufal supaya lebih wangi dan kemas. Tapi rupanya tak baik untuk kesihatan dia. Uhuk…lepas ini tak buat dah..pakaikan bedak kat punggung dia je.

Selain itu, untuk elakkan ruam dan mengurangkan ruam di punggung naufal, dokter menyuruh agar di basuh dengan air jika naufal kencing dan tukar pampers 4 jam sekali.

Jika demam pula, sapukan air suam ke seluruh badan naufal dengan kain bersih untukmengurangkan panas badan dan menurunkan suhu. Jika selesema, hisap hingus dia di lubang hidung naufal dengan mulut. Kalau nak jolok tekak naufal tak boleh selalu. Tetapi jika menyedari kahaknya semakin banyak, barulah jolok tekak naufal. Tapi guna sarung tangan yang bersih agar tidak member infection dan tidak melukakan ruang mulut naufal. Alhamdulilah setelah ana mengamalkannya, selesema naufal hilang dan pernafasannya menjadi lancar. Bronkiolitisnya juga telah tiada. Alhamdulilah..

Menurut dokter bayi bawah 1 tahun memang tidak sepatutnya di beri ubat Klinik. Tapi kebanyakan klinik swasta akan memberi ubat kepada bayi walaupun bawah satu tahun kerana keuntungan semata-mata. Jika tidak diberi ubat, dokter terpaksa charge perhidmatan dengan kadar yang murah dan itu tidak berbaloi. Jika diberi ubat, makanya bolehlah pihak klinik charge mahal sedikit. Owh..begitu rupanya…

Mahu berubah? FOKUSLAH!!

Apabila fokus, kita akan nampak hala tuju kita dengan lebih jelas.


Nak share motivasi dengan pembaca dari cebisan motivasi Prof.Dr.Muhaya dari IKIM.

JANGAN FOKUS PADA MASALAH, TETAPI FOKUS UNTUK MEMPERBAIKI DIRI. UNTUK MEMBAIKI DIRI, BUKAN HANYA DENGAN KATA-KATA TETAPI DENGAN TINDAKAN dan perlu KONSISTEN... UNTUK MENCAPAI FOKUS, KITA PERLU MENGUBAH TABIAT KITA DAN KESUKAAN KITA KE ARAH FOKUS YANG YANG INGIN KITA CAPAI. SEPERTI UNTUK MEMBAIKI DIRI, UBAH CHANNEL TV KEPADA SUKA MENONTON RANCANGAN ILMIAH DAN MOTIVASI. UBAH BACAAN KITA KEPADA BACAAN ILMIAH DAN MOTIVASI. JIKA FOKUS NAK JADI isteri YANG MITHALI, MAHU ANAK SOLEH, BANYAKKAN BACAAN, MENDENGAR TENTANG PENDIDIKAN ANAK. JIKA FOKUS NAK SOLAT SEMPURNA, BELAJAR, MEMBACA, MENDENGAR TENTANG SOLAT.. DAN SEBAGAINYA..

ORANG YANG BANYAK TAKUT PADA ALLAH TIDAK AKAN MERASA TAKUT TERHADAP KEKURANGAN DAN TIDAK AKAN BERFIKIRAN NEGATIF, TIDAK AKAN RISAU DAN BIMBANG. HIDUP AKAN CERIA DAN BAHAGIA.

ORANG YANG TIDAK BANYAK TAKUT PADA ALLAH AKAN BANYAK TAKUT PADA KEKURANGAN DIRI, DAN BERFIKIRAN NEGATIF. SENTIASA MURUNG DAN BIMBANG. HIDUP TAK BAHAGIA.

OLEH ITU FOKUSKAN HALATUJU HIDUP KITA DAN BANYAKKAN AMALAN UNTUK DEKATKAN DIRI PADA ALLAH BESERTA MERASAKAN KEHAMBAAN PADA ALLAH.

Ahad, 6 Februari 2011

Anak umi demam ye sayang..


Demam sangat sinonim dengan si kecil. Baru-baru ini, si kecil itu sering demam. Kemudian melarat hingga ke batuk dan selesema. Telah beberapa kali merujuk si kecil itu ke klinik. Apa yang dokter boleh lakukan ialah buat pemeriksaan samada si kecil itu benar-benar demam atau tidak. Kemudian lihat ke kerongkongnya dengan mengatakan tekaknya ada sedikit bengkak.


Bagi ubat..

Kemudian diberi ubat. Si umi yang tidak alim mengenai rawatan untuk si anak hanya mengikut sahaja kata dokter. Bagi ubat, dan bagi ubat. Hati juga tidak tenteram, masakan anak sekecil ini sudah diberi ubat yang semestinya ada kandungan bahan kimia. Namun untuk melihat si kecil itu sihat kembali, diteruskan juga beri ubat.

Ubat antibiotic turut diberi, tapi kerana kejahilan, si umi ini hanya beri kadang-kadang sahaja antibiotic itu kerana tidak mahu si kecil terlalu bergantung dengan ubat…Rupa-rupanya antibiotic itu perlu diberi secara berterusan. Jika berikan secara tidak tetap, virus itu tidak akan terkesan lagi dengan antibiotic tersebut. Maka umi berhentikan terus dari beri antibiotic tersebut.

Selepas beberapa hari, keadaan si kecil masih biasa dan tiada perubahan. Terutama apabila si kecil itu tidur, dia sedikit berdengkur dan seakan sukar untuk bernafas. Mungkin hidungnya tersumbat. Hati ibu mana tidak risau dengan keadaan anak yang masih belum sembuh dari demamnya. Lalu si umi mengambil keputusan untuk ke hospital pakar kanak-kanak dengan harapan mendapat rawatan yang lebih efektif lagi.

Menurut dokter si kecil hampir menghidap asma. Pergh..risaunya hati Allah yang tahu. Dokter berikan ubat lagi. Si kecil ini asyik di sogok dengan ubat sahaja. “Boleh ker asyik makan ubat jer ni…?” bisik hati ini. Ubat terus diberikan kepada si kecil, malah keadaan batuk dan selesemanya semakin teruk. Susu juga tidak mahu diminumnya. Berat badan si kecil pula semakin merosot. Risau lagi…

Balik kampung

Apabila pulang ke kampung si kecil semakin tidak selesa dan kerap menangis. Si atuk juga jadi risau melihat cucunya yang kurang sihat lalu di bawa si kecil bertemu mak bidan untuk di rawat. Menurut mak bidan, kahaknya sangat banyak. Sangat bahaya jika bayak terkumpul di peparu. Dengan lafaz bismillah, kerongkongnya di jolok agar si kecil itu memuntahkan kahaknya. Memang banyak kahak yang keluar. Si kecil itu terus menangis. Hibanya rasa hati. Kemudian di urut seluruh badan si kecil itu. Selepas usai semuanya, mak bidan berpesan agar umi sendiri perlu menjolok kerongkong si kecil jika kahaknya bertambah lagi.

Mak bidan bekalkan sarung tangan agar umi gunakannya untuk mengeluarkan kahak dari si kecil. Selain itu turut di pesannya agar si umi sedut keluar mukus dari hidung si kecil untuk mengurangkan selesema dan kahak. Menurut mak bidan, bayi tidak sesuai makan ubat lagi. Dia kelihatan kesal kerana sesetengah dokter hanya sogokkan bayi dengan ubat semata-mata. Menurutnya lagi jika benar-benar teruk keadaan kesihatan si kecil itu, barulah diberikan ubat.

Biasalah hospital dan klinik swasta, memang akan berikan ubat semata-mata untuk melakukan ubat mereka dan dibayar mahal. Akhir sekali mak bidan berpesan, bagi minuman madu kepada si kecil untuk menambahkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan si kecil.

Di rumah, umi lakukan semua yang di suruh oleh mak bidan. Alhamdulillah, si kecil itu bertambah sihat dan ceria. Umi juga telah suapkan makan sikit-sikit. Susu pun semakin kerap di minumnya. Slesema dan batuk-batuk juga telah hampir tiada. Alhamdulliah, anakku bertambah sihat dan ceria. Terima kasih Allah.

Kesimpulan


Kanak-kanak bawah setahun sangat tidak sesuai di berikan ubat. Melainkan jika benar-benar keadaannya teruk, barulah diberi ubat. Amalkan si kecil dengan minum madu dan bacakan doa penawar untuknya agar dia sentiasa sihat. Jangan geli hisap keluar hingus dari hidungnya dan jangan takut buang sendiri kahak si kecil dengan tangan. Tapi pastikan guna sarung tangan yang tidak terdedah dan benar-benar bersih.Yang paling penting sekali, jaga kebersihan diri, si kecil, rumah dan sekelilingnya. Banyak doa dan tawakal agar si kecil di kurniakan kesihatan yang sempurna.

Khamis, 3 Februari 2011

Jangan menangis sayang

Semestinya anak yang baru beberapa bulan lahir akan sering menangis. Terutama apabila bertukar bulan, mulalah dia buat perangai dan kerap menangis. Sehingga kadang-kadang tidak sabar dibuatnya. Bagi ibu bapa yang bekerja pula, tangisan anak itu akan menjadi sungguh merimaskan kerana esok pagi perlu bangun awal untuk ke tempat kerja.

Biasalah setiap malam anak akan menangis dan tidak mahu tidur walaupun jam telah mencecah 1 pagi. Hati mana yang tidak panas apabila anak tidak berhenti-henti menangis sedangkan esok perlu keluar bekerja. Apa yang difikiran, jika tak cukup tidur, maka sukarlah untuk ceria esoknya.

Di tempat kerja pula asyik menyangap dan keletihan. Maka akan timbullah kemarahan yang akan dilemparkan kepada si kecil itu. Mungkin akan memukulnya, akan meninggikan suara memarahinya sedangkan si kecil itu tidak tahu apa-apa. Tidak faham apa yang dikatakan. Hanya apa yang dia rasa dia dimarahi dan disakiti. Maka akan semakin dia menguatkan suara dan menangis tanpa henti.

Pujuklah si kecil itu

Untuk berhadapan dengan situasi seperti itu, banyakkan beristighfar agar syaitan kalah untuk bisikan kata-kata menghasut untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak diingini seperti memukul, membaling dan melempang atau memarahi si kecil itu. Perlu mujahadah melawan api amarah. Sebaliknya cuba untuk berlemah lembut dengan si kecil dan pujuk dia dengan penuh kasih sayang agar dia berhenti memangis. Tahan mata itu jika mengantuk dan berikan tumpuan pada si kecil itu.

Jika perlu dodoikan dia dalam pelukan dan dakapan, lakukan sahaja walaupun tangan telah rasa letih mendukungnya. Itulah pengorbanan yang perlu kita berhadapan sebagaimana ibu bapa kita dulu berhadapan dengan situasi yang sama seperti yang kita lalui sekarang. Jika aura positif kita pamerkan, anak akan turut merasainya dan insyallah meredalah tangisannya.

Mind setting

Memang esok kita ada komitmen sebagai pekerja. Tetapi komitmen sebagai ibu bapa kepada si kecil lebih penting dan utama kerana anak adalah asset yang paling penting perlu diutamakan. Untuk menghadapi hari esok, mind setting sangat penting di mana, jangan memikirkan jika malam ini tak cukup tidur, esok kita akan mengantuk dan letih.

Tetapi ubah mind setting tersebut kepada kita mesti bersemangat dan ceria serta bersungguh dalam bekerja . Peranan mind setting amatlah penting bagi mempengaruhi segala yang akan kita lakukan hari esok. Keletihan pada malam hari menjaga anak yang sering terjaga dan merengek memang tidak dinafikan, tapi apabila mind setting kita positifkan, insyallah esok kita akan kurang rasa letih bahkan akan bertambah semangat. Jadikan menjaga anak suatu yang membahagiakan. Sebagai isteri, menyediakan sarapan pagi dan memasak untuk bekalan tengahari suatu kemestian.

Oleh itu. Perlulah bangun seawal mungkin agar dapat tahjud dan sediakan makanan. Bagi sesiapa yang laluinya memang melelahkan. Tapi jika kita buat dengan penuh kasih sayang, kita akan rasa bahagia hingga hilang segala keletihan. Malah suami akan lebih menghargai pengorbanan kita. Dengan memakan masakan isteri, akan lebih mengeratkan kasih sayang. Apabila pagi kita dimulakan dengan keceriaan dan kebahagian, maka kita akan rasainya sepanjang hari.

Penutup

Masakan anak secomel itu mahu di marahi, dipukul atau dibiarkan menangis? Jangan begitu, kerana anak sangat memerlukan kehadiran kita untuk disayangi dan dimanjai. Bahkan anak itulah akan membantu menuntun kita ke syurga..

Jika si kecil menangis, dukungla dia, jika menangis juga, ajak dia bermain, jika menangis juga, ajak dia berbual, jika menangis juga, bagi susu, jika menagis juga, tukar lampin dia, jika menangis juga, sapu minya di perut dan di keting kakinya, jika menangis juga, bacakan ayat jauhi gangguan, dan kreatifkan diri hingga si kecil itu berhenti menangis. Oleh itu, persiapkan diri dengan sifat sabar yang tinggi bagi yang bergelar ibu bapa, bakal ibu bapa, yang telah berkahwin atau yang masih bujang.

Siapa lagi yang akan menyayangi anak kita jika bukan kita..