Pages

Photobucket
Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di wakttu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” ( Surah Al-Luqman : 13)

Khamis, 3 Februari 2011

Jangan menangis sayang

Semestinya anak yang baru beberapa bulan lahir akan sering menangis. Terutama apabila bertukar bulan, mulalah dia buat perangai dan kerap menangis. Sehingga kadang-kadang tidak sabar dibuatnya. Bagi ibu bapa yang bekerja pula, tangisan anak itu akan menjadi sungguh merimaskan kerana esok pagi perlu bangun awal untuk ke tempat kerja.

Biasalah setiap malam anak akan menangis dan tidak mahu tidur walaupun jam telah mencecah 1 pagi. Hati mana yang tidak panas apabila anak tidak berhenti-henti menangis sedangkan esok perlu keluar bekerja. Apa yang difikiran, jika tak cukup tidur, maka sukarlah untuk ceria esoknya.

Di tempat kerja pula asyik menyangap dan keletihan. Maka akan timbullah kemarahan yang akan dilemparkan kepada si kecil itu. Mungkin akan memukulnya, akan meninggikan suara memarahinya sedangkan si kecil itu tidak tahu apa-apa. Tidak faham apa yang dikatakan. Hanya apa yang dia rasa dia dimarahi dan disakiti. Maka akan semakin dia menguatkan suara dan menangis tanpa henti.

Pujuklah si kecil itu

Untuk berhadapan dengan situasi seperti itu, banyakkan beristighfar agar syaitan kalah untuk bisikan kata-kata menghasut untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak diingini seperti memukul, membaling dan melempang atau memarahi si kecil itu. Perlu mujahadah melawan api amarah. Sebaliknya cuba untuk berlemah lembut dengan si kecil dan pujuk dia dengan penuh kasih sayang agar dia berhenti memangis. Tahan mata itu jika mengantuk dan berikan tumpuan pada si kecil itu.

Jika perlu dodoikan dia dalam pelukan dan dakapan, lakukan sahaja walaupun tangan telah rasa letih mendukungnya. Itulah pengorbanan yang perlu kita berhadapan sebagaimana ibu bapa kita dulu berhadapan dengan situasi yang sama seperti yang kita lalui sekarang. Jika aura positif kita pamerkan, anak akan turut merasainya dan insyallah meredalah tangisannya.

Mind setting

Memang esok kita ada komitmen sebagai pekerja. Tetapi komitmen sebagai ibu bapa kepada si kecil lebih penting dan utama kerana anak adalah asset yang paling penting perlu diutamakan. Untuk menghadapi hari esok, mind setting sangat penting di mana, jangan memikirkan jika malam ini tak cukup tidur, esok kita akan mengantuk dan letih.

Tetapi ubah mind setting tersebut kepada kita mesti bersemangat dan ceria serta bersungguh dalam bekerja . Peranan mind setting amatlah penting bagi mempengaruhi segala yang akan kita lakukan hari esok. Keletihan pada malam hari menjaga anak yang sering terjaga dan merengek memang tidak dinafikan, tapi apabila mind setting kita positifkan, insyallah esok kita akan kurang rasa letih bahkan akan bertambah semangat. Jadikan menjaga anak suatu yang membahagiakan. Sebagai isteri, menyediakan sarapan pagi dan memasak untuk bekalan tengahari suatu kemestian.

Oleh itu. Perlulah bangun seawal mungkin agar dapat tahjud dan sediakan makanan. Bagi sesiapa yang laluinya memang melelahkan. Tapi jika kita buat dengan penuh kasih sayang, kita akan rasa bahagia hingga hilang segala keletihan. Malah suami akan lebih menghargai pengorbanan kita. Dengan memakan masakan isteri, akan lebih mengeratkan kasih sayang. Apabila pagi kita dimulakan dengan keceriaan dan kebahagian, maka kita akan rasainya sepanjang hari.

Penutup

Masakan anak secomel itu mahu di marahi, dipukul atau dibiarkan menangis? Jangan begitu, kerana anak sangat memerlukan kehadiran kita untuk disayangi dan dimanjai. Bahkan anak itulah akan membantu menuntun kita ke syurga..

Jika si kecil menangis, dukungla dia, jika menangis juga, ajak dia bermain, jika menangis juga, ajak dia berbual, jika menangis juga, bagi susu, jika menagis juga, tukar lampin dia, jika menangis juga, sapu minya di perut dan di keting kakinya, jika menangis juga, bacakan ayat jauhi gangguan, dan kreatifkan diri hingga si kecil itu berhenti menangis. Oleh itu, persiapkan diri dengan sifat sabar yang tinggi bagi yang bergelar ibu bapa, bakal ibu bapa, yang telah berkahwin atau yang masih bujang.

Siapa lagi yang akan menyayangi anak kita jika bukan kita..

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

saya tak de anak lagi. jadi tak tahu camna situasi yang berlaku. mungkin kita akan lalui perkara yang sama nanti. insyaAllah

ummu naufal berkata...

memang sekarang ini bagi mereka yang belum bergelar ibu bapa, memang tidak terfikir pun yang kita akan lalui saat seperti itu. tapi buatlah persediaan dari sekarang dengan memupuk sifat sabar. kerana menjadi ibu bapa sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Start dari kandungan, melahirkan, berpantang, menjaga dan mendidik anak..

Catat Ulasan